SEKOLAH KEBANGSAAN ULU DONG

Tuesday, March 17, 2009

TAA'RUF

BARISAN PENDIDIK
Depan dari kiri : YM Ungku Danial, Pn. Fatmawati,
En. Sabarudin, Pn. Shafiah,En. Ridzwian
Belakang dari kiri : Pn. Zahratullaili, Cik Zakiah, Pn. Norita,
Cik Hasliza, Pn. Saadah
Tiada dalam gambar : Ustaz Yasir, En. Mohd Farid, Cik Hamidah

GURU BESAR : EN. SABARUDIN B. LAN

GPK(KURIKULUM):PN. FATMAWATI BT GHAZALI

GPK(HEM):PN. SHAFIAH BT JALI

GPK(KOKURIKULUM): YM UNGKU AHMAD DANIAL B. UNGKU ALI

Monday, September 8, 2008

MAKLUMAT AM SEKOLAH

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN ULU DONG
ALAMAT SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN ULU DONG
27600 RAUB, PAHANG
NO. TELEFON : 09 3658790
NO FAKSIMILI : 09 3658791
KOD SEKOLAH : CBA 6007
SESI : 1 SESI (PAGI)
GRED : B SKM (SEKOLAH KURANG MURID)
BIL. GURU : 13 ORANG
BIL. MURID : 85 ORANG


VISI DAN MISI

VISI
MEWUJUDKAN SEKOLAH CEMERLANG PADA TAHUN 2012

MISI
WARGA SK. ULU DONG BERSAMA MENJUNJUNG AMANAH DAN TANGGUNGJAWAP DALAM MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS PERKHIDMATAN DAN PENGURUSAN PENDIDIKAN BAGI MENGISI
FPN
WAWASAN PENDIDIKAN
DAN PROGRAM PKKP
WARGA SK. ULU DONG JUGA BERGANDING BAHU DAN BERSATU MENUJU ERA KECERMELANGAN BERLANDASKAN BUDAYA KERJA SEKOLAH INI
INSYA ALLAH


FALSAFAH SEKOLAH

SEKOLAH ADALAH ASAS PEMBANGUNAN NEGARA
OLEH YANG DEMIKIAN PENDIDIKAN MESTI MENGIMBANG PERTUMBUHAN INTELEK DAN PEMBENTUKAN PERSONALITI YANG MENYELURUH DARI ASPEK ROHANI JASMANI MENTAL DAN MORAL. SEKOLAH TEMPAT MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERILMU BERAMAL, BERTANGGUNGJAWAP DAN BERBAKTI KEPADA KELUARGA MASYARAKAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA


SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini telah dibuka pada tahun 1909. Sebelum ini ia dikenali sebagai Sekolah Melayu. Guru Besar yang mula – mula bertugas di sekolah ini ialah En. Mohd Salleh bin Osman. Beliau berasal dari Negeri Sembilan. Semasa bertugas di sekolah ini beliau telah tinggal di rumah guru. Pada masa itu, perjalanan ke sekolah adalah sukar dan ketika itu hanya terdapat sebuah bangunan sahaja untuk murid-murid belajar. Bangunan tersebut masih wujud sehingga sekarang. Sebuah rumah guru telah dirobohkan ketika itu untuk membina kantin sekolah yang baru. Murid yang belajar ketika itu adalah berumur 12 tahun ke atas. Antara Pelajaran yang dipelajari adalah sekadar mengenal huruf jawi dan rumi yang bertujuan untuk membolehkan seseorang membaca sahaja.

Pada tahun 1923, En. Md Liki bin Ismail menggantikan tempat En. Mohd Salleh bin Osman sebagai Guru Besar sekolah ini. Beliau berasal dari Temerloh dan berkelulusan dari Maktab Melaka. Beliau memperkenalkan kaedah membaca menggunakan buku-buku bacaan. Manakala alat tulis pula menggunakan papan batu yang diberi bantuan oleh Kerajaan British yang menjajah pada masa itu. Pada tahun 1925, En. Osman bin Omar pula menjadi Guru Besar dan berkelulusan dari Maktab Melaka juga.

Pada tahun 1929, tempat beliau pula digantikan oleh En.Yaalam dan pada tahun 1930 En.Salleh bin Bakar menjadi Guru Besar. Semasa En.Salleh bin Bakar menjadi Guru Besar beliau telah memperkenalkan tulisan jawi dan rumi, Ilmu Hisab, Ilmu Alam, Tawarikh, Kesihatan, Ilmu Tanaman, Lukisan, Karangan dan Nahu. Murid – murid darjah 4 dan 5 menggunakan buku tulis, murid-murid darjah 3 menggunakan pensil dan murid- murid darjah 1 dan 2 menggunakan papan batu. Pengajaran di waktu petang diadakan secara sukarela di antara pukul 2 hingga 4 petang.
Pada tahun 1931, beliau juga menjalankan 2 projek iaitu memulakan pekan sehari pada hari jumaat dan membuka Lata Jarum sebagai kawasan perkelahan. Pekan sehari itu masih dikekalkan sehingga sekarang dan tempat perkelahan Lata Jarum pula menjadi kawasan perkelahan termasyhur di Negeri Pahang.

Pada tahun 1934, En.Talib bin Tahir dan En.Rudin bin Mat Deli bertugas di sekolah ini. Pada tahun 1938. En.Ahmad bin Ketot pula mengambil tugas sebagai Guru Besar. Beliau seorang pengarang akhbar. Beliau banyak menjalankan aktiviti gotong-royong dan mewujudkan Syarikat Memelihara kambing biri-biri dan membuat kolam air. Beliau juga mengadakan kelas membaca Al-Quran pada sebelah petang. Pada tahun 1939, En.Taha bin Burok dan pada tahun 1940 En.Sidek bin Md.Shah menjadi Guru Besar di sekolah ini. Pada tahun 1941 berlaku perang dunia ke-2 dan sekolah ini ditutup buat sementara waktu.

Selepas perang dunia ke-2. tahun 1946, En.Mat Nai bin Ejau mengambil alih tugas dan beliau memulakan Mesyuarat Agung PIBG untuk memilih 7 orang jawatankuasa. Mesyuarat ini diadakan bertujuan menjaga kebajikan murid dan mengatasi kemerosotan murid dalam pelajaran. Dalam mesyuarat ini mereka mendapati murid dari Kampung Sol sukar untuk datang ke sekolah kerana jauh dan keadaan jalan yang tidak baik. Oleh yang demikian, mereka telah bergotong-royong membina sebuah sekolah agama rakyat berdekatan kampung itu. Gaji Guru Besar yang dibayar oleh Jemaah Pengurus dan setelah 2 tahun beroperasi Sekolah ini telah diambil alih oleh Kerajaan dan dinamakan sebagai Sekolah Kebangsaan Pamah Kulat yang dikenali sekarang.

Pada tahun 1949, 2 buah bangunan yang telah dibina iaitu sebuah rumah guru berkembar dan satu blok bangunan sekolah . Bangunan-bangunan ini masih digunakan hingga sekarang. Pada tahun 1951, hngga 1957 sekolah Melayu Ulu Dong ditukar kapad Sekolah Umum. Guru Besar pada masa itu ialah En.Md Ramli bin Ali.

Selepas merdeka, mulai tahun 1958 hingga 1963. En Mahasan bin Idris menjadi Guru Besar dan pada tahun 1964 En.Lan bin Kundor telah mengambil alih dan ramai murid telah berjaya ke Sekolah Menengah Dong dan Raub.
Pada tahun 1971 En.Abdul Rahman bin Tut mengambil alih hingga 1980. Selepas itu, tempat beliau diganti oleh En. Ahmad Rani bin Idris sehingga pertengahan tahun 1987. Selepas itu, tempat En. Ahmad Rani diganti oleh En.Mohd Safri bin Yahya. Semasa mengambil alih tugas En. Mohd. Safri telah berjaya membangunkan sebuah bangunan baru untuk menampung pertambahan murid. Bangunan itu didirikan pada penghujung tahun 1987.

Sehingga kini boleh dirumuskan senarai nama Guru Besar yang telah bertugas adalah seperti berikut :
1909 - 1923 - En. Mohd Salleh bin Osman
1923 - 1925 - En. Md Liki bin Ismail
1925 - 1929 - En. Osman bin Omar
1929 - 1930 - En.Yaalam
1930 - 1934 - En.Salleh bin Bakar
1934 - 1938 - En.Talib bin Tahir dan En.Rudin bin Mat Deli
1938. - 1939 - En.Ahmad bin Ketot
1939 - 1940 - En.Taha bin Burok
1940 - 1946 - En.Sidek bin Md.Shah
1946 - 1951 - En.Mat Nai bin Ejau
1951 - 1957 - En.Md Ramli bin Ali
1958 - 1963 - En Mahasan bin Idris
1964 - 1971 - En.Lan bin Kundor
1971 – 1980 - En.Abdul Rahman bin Tut
1980 – 1987 - En. Ahmad Rani bin Idris
1987 - 1994 - En.Mohd Safri bin Yahya
1994 - 2000 - En. Jamaludin bin Tan
2000 - 2005 - En. Ahmad Marzuki bin Othman
2005 sehingga sekarang - En. Sabarudin bin Lan

Thursday, September 4, 2008

ALBUM SEKOLAH